Wednesday, November 5, 2008

Sepi

Dinihari kian terasa
Kuimbas kembali kenangan silam....
Segala yang berlaku umpama baru semalam...

Kau bertandang lagi...
Tanpa sebarang undangan dari hatiku...
Angkara si dia
Yang tak pernah mengerti....

Sepi ,
Engkaukah yang akan menemaniku ?
Di sepanjang liku hidupku
Yang cuba kulalui dengan pilu...

Akan setiakah engkau padaku ?
Atau adakah engkau akan berlalu ?
Umpama dia masa silamku...

Sepi ,
Aku bahagia berkawan denganmu
Aku selesa berdomba denganmu
Kerana hanya kamu
Yang memahami hatiku...

Meskipun engkau menghanyutkanku
dalam sejuta kesayuan...
Walaupun engkau mengheretku
ke dalam lembah air mata berpanjangan...

Namun.........

Engkau telah memanduku
Ke arah sebuah sinaran kesyahduan
Yang mendambakan Dia yang satu...

Sepi ,
Andai nanti aku berpaling darimu
Lantaran hadirnya mentari di ufuk
Ketahuilah engkau
Bahawa aku pernah memilikimu.........


No comments: